You are here
berita 

Penjenayah Tebuk dinding bilik kebal, Kedai Emas dengan mesin gerudi

POLIS sedang mengesan sekumpulan penjenayah yang memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Banggol, Kuala Terengganu, hari ini, sebelum melarikan pelbagai barangan kemas yang disimpan di peti besi. Kejadian hanya disedari pemilik kedai berkenaan ketika ingin memulakan perniagaan kira-kira 9.30 pagi ini. Menurut sumber, penjenayah dipercayai memecah masuk bangunan dua tingkat itu dengan memanjat siling ke ruang kedai emas di tingkat bawah. Katanya, penjenayah bertindak menebuk dinding bilik kebal menggunakan mesin gerudi sebelum menebuk peti besi. “Pemilik kedai memaklumkan penggera yang dihubungkan menerusi telefon bimbit berbunyi kira-kira 10.30 malam dan…

Read More
berita 

Lintasan pejalan kaki 3D tarikan baru Kuala Nerus

Tarikan baharu di Kuala Nerus. KUALA NERUS – Kewujudan lintasan pejalan kaki tiga dimensi (3D) di perkarangan medan selera berkonsep kabin, Dapo Pata, Tok Jembal di sini sejak kelmarin mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan pelancong. Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd. Jalil berkata, lintasan pejalan kaki 3D itu merupakan tarikan pelancongan terbaharu yang mahu diperkenalkan di daerah berkenaan. “Ia merupakan inisiatif Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus untuk meningkatkan daya penarik di kalangan pelancong ke daerah ini. “Lokasi Dapo Pata dipilih kerana ia merupakan antara…

Read More
berita 

Kelantan beri kerjasama proses pengambilan tanah projek ECRL

KOTA BHARU 1 Jun – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk proses pengambilan tanah bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pengkalan Kubor dengan Pelabuhan Klang di Selangor. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun ada beberapa perkara masih belum selesai antara pihak pemaju dan kerajaan negeri ketika ini, namun beliau yakin ia akan dapat diselesaikan dengan baik. “Ada beberapa perkara yang belum dibereskan dan ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri….

Read More