You are here
berita 

SPRM tahan 4 Datuk paksa ahli koperasi masuk MLM

KUALA LUMPUR 6 Jun – Enam individu termasuk empat dipercayai bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pinjaman ahli koperasi di sebuah syarikat milik kerajaan (GLC). Kesemua mereka yang berusia antara 42 dan 66 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi sehingga 10 pagi ini. Menurut sumber, kesemua suspek terbabit dikatakan telah menggunakan kedudukan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi di GLC tersebut dengan memaksa ahli-ahlinya menyertai pelaburan atau perniagaan…

Read More
berita 

Jenazah mualaf dibakar lepas Hospital Kajang tersalah serah

Jenazah (abu) Hassan Abdullah dibawa untuk dikebumikan selepas selesai dikafankan dan disembahyangkan di Hospital Kajang. (Gambar kecil) Kad pengenalan Hassan Abdullah atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San. FOTO ROSELA ISMAIL KAJANG – Jenazah lelaki mualaf, Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang, tersalah serah jenazah itu kepada sebuah badan kebajikan, semalam. Lebih menyedihkan sebaik perkara itu disedari, jenazah sudah dibakar dan hanya abu yang tinggal. Nama Lin Ah San @ Lim…

Read More
berita 

Bank ketiga dari China mula beroperasi di KL

NAJIB bersama Pengerusi CCB Wang Hongzhang pada majlis pelancaran CCBM di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR – Sektor perbankan China makin berkembang pesat di Malaysia apabila bank ketiga dari negara itu memulakan operasinya, hari ini. China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB Malaysia) muncul sebagai bank terbaru dari China menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di negara kita. Bangunan bank ini terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Menurut laporan Nanyang Siang Pau, CCB sebuah anak syarikat milik penuh China Construction Bank Corporation Ltd memperoleh kelulusan lesen perbankan daripada Kerajaan Malaysia pada 27 Januari…

Read More