You are here
berita 

5 beragama Islam ditahan minum arak di malam Ramadan

KAKITANGAN JHEAINS memeriksa salah seorang pengunjung dipremis pusat hiburan di Jalan Bundusan, Penampang. SABAH – Lima termasuk seorang wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kerana minum arak di pusat hiburan di Jalan Bundusan, Penampang, pagi ini. Dalam Operasi bersepadu pada 1.30 pagi itu, polis turut merampas beberapa alat elektronik di premis berkenaan kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan. Ketika operasi dijalankan, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, JSJ Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan kakitangan JHEAINS), melakukan pemeriksaan di premis…

Read More
berita 

Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Gambar hiasan. KUALA NERANG – Guru baharu yang dihantar untuk mengajar di Sabah dan Sarawak dinasihatkan supaya tidak membuat pemohonan pertukaran ke Semenanjung sekurang-kurangnya sehingga jawatan mereka itu disahkan terlebih dahulu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, guru-guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu terutama di kawasan pedalaman. “Guru baharu yang dihantar ke sana janganlah duduk setahun lepas itu hendak balik. Sekurang-kurangnya duduk tiga, empat tahun dahulu. “Jangan menangis dulu dalam tempoh setahun itu. Ambik peluang yang diberi ini…

Read More
berita 

Patung Karpal Singh disembah di sebuah tokong

TELUK INTAN – Karpal Singh yang meninggal dunia pada 2014 kini disembah sebagai ‘Datuk Gong’ di sebuah tokong di Teluk Intan, Perak. Datuk Gong biasanya dirujuk sebagai ‘dewa tempatan’ dan selalu dilihat sebagai ‘dewa Melayu’ kerana ciri-cirinya termasuk namanya yang berbunyi Melayu. Namun kali ini, Datuk Gong telah dijadikan dengan ciri-ciri Sikh. Sinchew Daily melaporkan, patung Karpal Singh yang mengenakan suit berwarna hitam telah diadakan ‘upacara pencahayaan’ pada 1 Mei lalu. Patung Karpal Singh itu telah ditempah dari China selepas menerima tajaan seorang penganut dari Sabah. China Press pula melaporkan,…

Read More