You are here
berita 

Gadis diperkosa 6 lelaki termasuk kekasih di malam Ramadan

KOTA BHARU – Polis menahan empat lelaki antara jam 3 hingga 7 petang semalam di rumah masing-masing di Chetok, Pasir Mas, selepas mereka dipercayai terbabit dalam kes rogol secara berkumpulan. Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya memburu dua lagi lelaki yang masih bebas. Semua suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun. Katanya, mereka ditahan susulan laporan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dirogol oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya antara jam 11.45 malam hingga 4 pagi semalam. “Kejadian (rogol) berlaku di sebuah pondok di…

Read More
berita 

Penjenayah larikan Toyota Hilux ketika pandu uji tertinggal dompet

Quote: Polis giat mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan kes bawa lari sebuah Toyota Hilux. KOTA BHARU – Tiga penjenayah berjaya melarikan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas salah seorang daripada mereka memperdayakan jurujual kereta dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Hospital Cabang 4, Kampung Cherang di sini semalam. Dalam kejadian kira- kira pukul 4 petang, seorang suspek berusia 37 tahun menyamar sebagai pelanggan untuk melihat model kereta sebelum meminta untuk memandu uji kenderaan tersebut bersama jurujual terbabit. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din…

Read More
berita 

Kelantan beri kerjasama proses pengambilan tanah projek ECRL

KOTA BHARU 1 Jun – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk proses pengambilan tanah bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pengkalan Kubor dengan Pelabuhan Klang di Selangor. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun ada beberapa perkara masih belum selesai antara pihak pemaju dan kerajaan negeri ketika ini, namun beliau yakin ia akan dapat diselesaikan dengan baik. “Ada beberapa perkara yang belum dibereskan dan ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri….

Read More