You are here
berita 

Syarikat bekal tiket penerbangan tipu ejen, pelanggan – Akasia Travel

WAKIL ejen pelancongan Akasia Travel dan Tours Sdn Bhd, Faten Nor Izzatie Saleh mengadakan sidang akhbar bagi membersihkan nama syarikat setelah menjadi viral di media sosial baru-baru ini

Quote:

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembekal tiket penerbangan didakwa menipu ejen dan pelanggannya apabila membatalkan tempahan di saat akhir tanpa sebarang alasan konkrit

Akasia Travel & Travel Sdn Bhd (Akasia) adalah antara ejen yang dianiaya syarikat terbabit hingga menyebabkan mereka terpaksa membatalkan 700 tempahan pakej percutian

Akasia juga terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa membeli tiket lain untuk pelanggan sedangkan wang tempahan tiket telah dibayar pelanggan secara terus kepada syarikat terbabit

Wakil Akasia, Faten Nor Izzatie Saleh, berkata syarikat itu juga hanya menempah tiket sehala bagi pelanggan sedangkan tempahan dan bayaran yang dibuat adalah untuk perjalanan dua hala

“Pengarah syarikat itu, seorang wanita, meminta kami menanggung kos tiket penerbangan untuk pelanggan. Wanita itu bagi alasan ada masalah tempahan

“Saya terpaksa guna duit sendiri untuk selesaikan masalah pelanggan yang membuat tempahan dengan Akasia. Mana perginya wang yang dibayar pelanggan ke akaun mereka?

“Wanita itu berjanji akan membayar balik duit kami tetapi janji tinggal janji,” katanya yang ditemui pada sidang media, di sini, hari ini

Sambil menganggarkan kerugian lebih RM1 juta, Faten Nor Izzatie mendakwa, pihaknya terpaksa berhutang bagi melunaskan bayaran kepada pelanggan kerana rata-rata ejen Akasia adalah pelajar universiti, di dalam dan luar negara

“Perkara ini berlanjutan sehingga bulan ini. Syarikat itu membatalkan secara mengejut tiket penerbangan pelanggan kami untuk Februari, Mac dan April tahun ini,” katanya

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pihaknya dikecam dan diviralkan dalam media sosial, sekali gus memberi nama buruk kepada Akasia

“Ada pihak juga yang mengugut untuk mengganggu keluarga kami,” katanya sambil menambah pihaknya telah membuat laporan polis berhubung syarikat berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dangi Wangi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/250819


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts