You are here
berita 

Syarat untuk bercerai perlu di berikan kereta, Suami jual anak untuk beli kereta

Quote:

Linyi, China: Bagi membolehkannya bercerai, seorang lelaki cuba menjual bayinya untuk membeli kereta seperti disyaratkan isterinya jika mahu bercerai

Seorang bapa di bandar ini tergamak cuba menjual bayi lelakinya sendiri semata-mata mahu membeli kereta untuk isterinya supaya mereka boleh bercerai

Menurut People’s Daily Online, lelaki dikenali sebagai Zhang itu ditangkap polis ketika menunggu pembeli di tepi jalan di bandar ini sambil mendukung anaknya yang berusia lima bulan dalam cuaca sejuk

Polis menahan Zhang selepas curiga melihatnya berdiri di tepi jalan dalam keadaan gelisah manakala anaknya menangis kesejukan

Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu berdiri di tepi jalan selama 10 minit sebelum dia ditahan anggota polis yang meronda

Zhang kemudian mengaku sedang menunggu pembeli selepas mengiklankan anaknya di Internet dan menurutnya, seorang pembeli bersetuju membeli bayi lelaki dengan harga 80,000 yuan (RM52,000)

Mereka bersetuju berjumpa di tepi jalan berkenaan untuk urusan jual beli itu

Dia memberitahu polis, mahu menceraikan isterinya namun wanita itu memberi syarat dibelikan sebuah kereta dan mahu menggunakan wang jualan bayi itu bagi membeli kereta untuk isterinya

Zhang juga berkata, dia berharap anaknya akan mendapat keluarga yang baik selepas dia bercerai

“Susah untuk bercerai apabila kita ada anak,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/198085


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts