You are here
berita 

Suami isteri zalim, Tawar gaji RM900 tapi bayar RM100, 18 jadi mangsa buruh paksa

KAWASAN ladang yang diserbu polis

Quote:

Pengkalan Hulu : Polis Perak menyelamatkan 18 individu termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, di sini, awal pagi ini

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, pada kira-kira 1 pagi itu

Polis menahan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 24 dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia itu yang bekerja sebagai pengurus ladang itu

Difahamkan, sebelas mangsa yang diselamatkan berusia antara 27 hingga 64 tahun termasuk enam wanita, dua remaja lelaki berusia 13 dan 17 tahun manakala lima kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun

Semua mereka yang juga warga tempatan ditempatkan secara sementara di rumah perlindungan di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya kini mendapatkan perintah reman terhadap suami isteri berkenaan

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menawarkan gaji RM900 kepada mangsa namun hanya membayar RM100 manakala kanak-kanak dipaksa bekerja di ladang tanpa upah

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini

http://www.hmetro.com.my/node/209076


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts