You are here
berita 

SUAMI isteri antara lapan individu ditahan selepas didapati positif dadah

Antara penagih dadah yang ditahan AADK. FOTO ihsan AADK

SUAMI isteri antara lapan individu ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah rumah di Kampung Lembah, Penaga, Kepala Batas, 12 tengah malam tadi.

Jurucakap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang berkata, dalam serbuan itu, seramai tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan.

Menurutnya, rumah itu didiami pasangan suami isteri bersama dua anak mereka berusia dua dan empat tahun.

“Ketika serbuan, mereka berada di ruang tamu manakala anak pasangan berkenaan sedang tidur di bilik.

“Semua yang ditahan didapati positif dadah jenis methapetamine dan morfin,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…-positif-dadah

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts