You are here
berita 

Suami bakar isteri kerana muatnaik gambar selfie di Facebook


SAAT bahagia, pasangan itu berkahwin Januari lalu. Gambar kanan, keadaan Nednapha ketika ini. FOTO Viral Press

Bangkok: Seorang lelaki yang cemburu bertindak menyimbah petrol pada isterinya sebelum membakar wanita itu kerana terlalu marah dengan tindakan mangsa memuat naik gambar swafotonya di Facebook.

Pasangan berkenaan, Chatchawarn Tarrin, 28, dan Nednapha Nuankhul, 26, berkahwin Januari tahun lalu.

Nednapha memuat naik gambarnya di Facebook Disember lalu menyebabkan suaminya berang.

Ketika bertengkar, wanita satu anak itu cuba melarikan diri tetapi Chatchawarn menahannya sebelum menyimbah dia dengan petrol dan menyalakan api di rumah mereka di Amphoe Chiang Kham, utara Thailand.

Kejadian itu menyebabkan wanita itu melecur teruk.

http://www.hmetro.com.my/node/210946

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts