You are here
berita 

Sorok dadah RM1.09 juta dalam lipatan baju

Zulkifli Yahya (dua dari kiri) menunjukkan cara dadah disembunyikan dalam baju oleh tiga lelaki warga India di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 7 April – Taktik tiga lelaki warga India yang menjadikan sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor sebagai tempat menyimpan dadah berjaya dikesan pihak berkuasa.

Dalam serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada pukul 1.20 petang Rabu lalu, ketiga-tiga suspek berusia 30-an hingga 40-an itu ditahan bersama dadah jenis methamphetamine seberat 15.56 kilogram di kediaman tersebut.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata, dadah tersebut disembunyikan di dalam lipatan baju T yang diletakkan di dalam tujuh buah kotak di rumah itu.

“Dadah yang dirampas disyaki jenis methampetamine dianggarkan bernilai RM1.09 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di sini hari ini.

Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati tujuh kotak tersebut dihantar dari Dhaka, Bangladesh ke Malaysia melalui kargo Lapa*ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ujarnya, ia kemudian dihantar dengan lori kepada suspek di rumah tersebut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan sama ada dadah yang dirampas adalah untuk pasaran tempatan atau suspek menjadikan negara ini sebagai transit sebelum berlepas ke destinasi lain.

“Ketiga-tiga suspek yang pertama kali tiba ke negara ini ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan,” katanya.

Ujarnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jena…-baju-1.466835

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts