You are here
berita 

Sisa industri punca ratusan ikan mati di Sungai Bernam

Antara bangkai ikan yang ditemui di Sungai Bernam

Quote:

Slim River: Ratusan bangkai ikan ditemui di Sungai Bernam, di sini, dipercayai mati kesan sisa buangan industri yang dibuang di dalam sungai itu oleh pihak tidak bertanggungjawab

Kejadian penemuan bangkai ikan itu dilaporkan nelayan kepada Sukarelawan Perikanan (SUPER) negeri dan dipercayai berlaku sejak semalam

Sukarelawan SUPER, Shaharin Shamsudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada nelayan sungai mengenai kejadian itu semalam selepas menemui ratusan bangkai ikan di beberapa lokasi di sungai itu

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya pembuangan sisa buangan bahan industri ini tidak dibendung akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan kepada ikan di sungai berkenaan

“Kami berharap akan ada tindakan segera diambil bagi memastikan perkara ini tidak berlaku,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/216023


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts