You are here
berita 

Si Belang “Di Poskan” Kepada Pembeli

12.02.2018 – Mexico, Polis Mexico menemui anak harimau Bengal yang berusia dua bulan itu dibungkus dalam plastik barang berwarna biru untuk penghantaran ekspress. Perkara itu terbongkar setelah anjing pengesan menghidu sesuatu yang mencurigakan dalam bungkusan tersebut.

Menurut sumber, seorang individu telah mencuba untuk menghantar anak harimau itu dari negara barat Jalisco kepada alamat di tengah negeri Queretaro.

Anak harimau tersebut mengalami dehidarsi tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan lain dan telah diserahkan ke pusat pengurusan haiwan.

Kes itu sedang disiasat, kata agensi itu.

Menurut sumber juga, sebelumnya, polis Mexico telah menyiarkan gambar comel anak harimau itu di laman facebook rasmi mereka dan mendapat simpati ramai netizen.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts