You are here

Shahrul Nasrun Kerap Hadiahkan Hijab Buat Adira

Buah hati Adira, Shahrul Nasrun 28, akui kerap menghadiahkan pelbagai jenis hijab kepada Adira sebagai tanda sokongan dan pendorong buatnya untuk berhijab.
Shahrul Nasrun Kerap Hadiahkan Hijab Buat Adira, info, terkini, hiburan, sensasi,

“Sebelum Adira berhijab, saya selalu memberi nasihat, kalau awak pakai hijab mesti nampak cantik dan sopan, dia menerimanya dengan hati terbuka, Alhamdulilah berkat doa dan ketentuan Allah akhirnya dia berkeputusan untuk berhijab,” katanya ditemui Murai di Majlis Pelancaran Salute Malaysia di Unikl.

Dalam pada itu, Shahrul juga telah berjumpa dengan keluarga Adira di Sabah, berkenalan dengan lebih rapat untuk mengekalkan ukhwah yang semakin terjalin.

Shahrul Nasrun Kerap Hadiahkan Hijab Buat Adira, info, terkini, hiburan, sensasi,
Ketika ditanya adakah perjumpaan keluarga itu turut membincangkan hal perkahwinan , lantas dia menjawab soal jodoh itu hanya Allah sahaja yang boleh tentukan. Kita hanya mampu merancang segala keputusan terletak di tangan-Nya.

“Saya pun percaya mana-mana pasangan yang bercinta akan meletakkan sasaran bahawa hubungan yang terjalin itu perlu diteruskan dengan perkahwinan. Namun buat masa sekarang saya tak boleh nak kata komen apa-apa lagi, biar masa sahaja yang menentukan,” ujar Shahrul.

Dia juga acap kali memberitahu kalau sudah tiba masanya  mereka dijodohkan untuk bersatu, dengan segera dia akan hebahkan kepada media untuk mengelakkan fitnah.

Dalam pada itu, dia positif dengan perubahan Adira dan difahamkan Adira telah pun menjual pakaian lamanya dan hasil jualan itu disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim.

“Saya pesan dekat dia, kenapa tak cakap dengan saya mengenai jualan baju itu, boleh juga saya tolongkan tapi Adira cakap, dia tak mahu perkara itu dihebohkan, dia lebih selesa kerja amalnya itu dibuat secara diam-diam.”

Perkembangan lain, Shahrul selaku Ketua Pegawai Esekutif Yayasan Perdana Ummah sibuk dalam rangka kerjanya seperti aktiviti kemasyarakatan iaitu selawat perdana. Golongan muda adalah kumpulan sasaran dia untuk mengimarahkan majlis tersebut.

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment