You are here

S’gor kaji semula garis panduan tempat ibadat bukan Islam kuil gereja

Edisi ketiga Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan negeri Selangor akan dikaji semula susulan laporan berita mendakwa garis panduan tersebut mencadangkan banyak peraturan baru untuk tempat ibadat baru untuk bukan Islam.

Ia termasuk cadangan tempat ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam jarak 50 meter dari rumah yang dimiliki oleh orang Islam dan ia hendaklah dirancang di kawasan yang mempunyai penduduk pelbagai kaum memerlukan persetujuan penduduk dalam jarak 200 meter.

Cadangan lain termasuk sekatan ketinggian dengan tempat ibarat bukan Islam yang baru mesti lebih rendah daripada masjid yang terdekat dan tidak boleh dibina di kawasan komersial.

Edisi ketiga Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor boleh dibeli dari Jabatan Perancangan Negara dan Bandar Selangor pada harga RM200.

Bagaimanapun, ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, perkara itu akan dikaji semula oleh jawatankuasa hal ehwal bukan Islam di negeri itu, menurut Sin Chew Daily.

https://www.malaysiakini.com/news/37…edium=facebook

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts