You are here
berita 

Setelah 18 tahun, ‘Ibu’ sebenarnya adalah penculik

Mobley ketika bayi dan Williams yang menculiknya 18 tahun lalu

Quote:

South Carolina: Selepas 18 tahun, akhirnya terbongkar, ‘ibu’ yang memeliharanya adalah wanita yang menculiknya di Hospital Florida pada Julai 1998

Jurucakap polis South Carolina berkata, nama sebenar remaja wanita mangsa culik itu adalah Kamiyah Mobley dan sepanjang dipelihara wanita yang menculiknya di Walterboro, dia diberi nama lain

Katanya, segala-galanya terbongkar selepas siasatan dijalankan dan wanita terbabit, Gloria Williams, 51, sudah ditahan

“Ujian DNA mengesahkan remaja wanita terbabit adalah Mobley yang diculik 18 tahun lalu. Keluarganya sudah dimaklumkan mengenainya

“Wanita yang menculiknya sudah ditahan pada Jumaat,” katanya

Menurutnya, Mobley dalam keadaan sihat dan terpulang kepadanya untuk memilih kembali kepada keluarga atau sebaliknya

http://www.hmetro.com.my/node/197038


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts