You are here
berita 

Senarai IPG diubah suai jadi politeknik, KV belum muktamad – Kementerian Pendidikan

Quote:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan belum memuktamadkan senarai sembilan kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang diubah suai menjadi politeknik dan Kolej Vokasional (KV) seperti diumumkan dalam Bajet 2017

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata setakat ini hanya dua IPG dikenal pasti diubah suai menjadi Pusat Permata Negara iaitu IPG Kampus Raja Melewar, Seremban dan IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam berikutan Pendidikan Awal Kanak-Kanak menjadi bidang kebitaraan kampus terbabit

“Pengumuman pengubahsuaian IPG agak mengejutkan dan warga institusi itu masih tertanya-tanya hala tuju mereka berikutan perubahan ini

“Saya ingin menasihatkan semua warga IPG supaya tidak mempercayai sumber tidak sahih yang disebarkan melalui media sosial, sebaliknya menunggu pengumuman rasmi,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2017 menerusi laman sesawang http://portal.tokdet.my/, hari ini

Mahdzir berkata, kementerian mengambil kira faktor kemanusiaan dalam perkara membabitkan warga pendidikan dan berusaha memberi yang terbaik walaupun wujud pelbagai kekangan

“Saya yakin perkara ini dapat diselesaikan segera dengan cara terbaik demi memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/229212


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts