You are here
berita 

Selepas 15 tahun selamatkan paus

Foto sumber International Fund For Animal Warfare.

NEW BRUNSWICK – KANADA. Seorang nelayan udang yang pernah menyelamatkan berpuluh-puluh ikan paus mati dibunuh haiwan berkenaan.

Menurut laporan The Guardian, Joe Howlett sedang menyelamatkan seekor ikan paus Atlantik Utara yang tersekat pada seutas tali di New brunswick.

Jurucakap Campobello Whale Rescue Team, Mackie Green mengatakan Joe dilibas haiwan berkenaan yang meragut nyawanya.

Sebelum kematiannya, Joe telah menyelamatkan kira-kira 24 ekor ikan paus sejak 15 tahun lepas.

Joe juga melepaskan seekor ikan paus Atlantik Utara yang tergigit mata kail, minggu lalu.

Related posts