You are here
berita 

Selalu menghadap telefon pintar, ‘power’ mata dari 100 jadi 500

ROSLAN Ramli memakaikan cermin mata kepada Muhammad Adam Haris. FOTO Rasul Azli Samad

Alor Gajah: Tanpa disedarinya, tabiat menghadap telefon pintar setiap hari menjejaskan tahap penglihatannya dan pada usia sembilan tahun, Muhammad Adam Haris Roslan, kini perlu memakai cermin mata dengan kanta berkuasa 450 bagi mata kanan dan 500 pada sebelah kiri.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, kekerapan menghadap telefon pintar dan komputer riba sejak berusia tujuh tahun menyebabkan dia terpaksa menukar cermin mata menggunakan kanta berkuasa lebih tinggi secara kerap.

Menurutnya, dia mula memakai cermin mata ketika tahun satu dengan kuasa kanta ketika itu hanya 100 bagi kedua-dua belah mata sebelum meningkat secara mendadak akibat tabiatnya itu.

“Sejak dua tahun lalu, saya sudah beberapa kali menggantikan cermin dengan menggunakan kanta dengan kuasa lebih tinggi berikutan masalah rabun jauh dialami semakin teruk.

“Masalah ini turut mengganggu tumpuan ketika belajar di dalam kelas dan saya perlu duduk di barisan meja paling depan untuk memudahkan saya melihat apa ditulis guru pada papan hitam,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/190039

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts