You are here

SEGERA: Mayat Suspek Bunuh Kanak-Kanak Ditemui


Kuala Lumpur – Satu mayat lelaki dipercayai suspek pembunuhan kejam membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun, kelmarin, ditemui terapung berhampiran Tol Bandar Sunway, kira-kira 4 petang ini.
Mayat berusia 27 tahun terbabit ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Selangor yang menjalankan misi mencari sejak hari kejadian.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi memberitahu pihak polis belum mengenalpasti mayat terbabit adalah suspek.
Katanya, pasukan forensik masih berada di lokasi mayat ditemui untuk pengesahan dan tidak menolak kemungkinan mayat itu ada suspek yang diburu berdasarkan corak baju. – myMetro Online
Mayat

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment