You are here
berita 

Satu maut, tujuh cedera tandas awam meletup

Quote:

SHAANXI – CHINA. Seorang maut, tujuh cedera apabila gas yang terkumpul dalam paip pembentung mengakiabtkan sebuah tandas awam meletup di barat laut China

Letupan di daerah Hengshan di wilayah Yulin, Shaanxi menyebabkan tandas tersebut roboh, lapor portal Cnwest.com

Letupan disebabkan pengumpulan sisa organik mudah letup seperti metana, ammonia dan hidrogen sulfida, kata pihak berkuasa tempatan

Tujuh mangsa terbabit tidak mengalami kecederaan serius

Dua mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital manakala lima yang lain masih menerima rawatan bagi kecederaan termasuk patah dan lebam

Pengawai sedang menyiasat insiden itu

Banyak tandas awam di China masih mempunyai saluran terdedah kepada udara terbuka namun pihak berkuasa tempatan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pengubahsuaian awan bagi mematuhi standard sejajar dengan peningkatan ekonomi

http://www.sinarharian.com.my/global…letup-1.607308


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts