You are here
berita 

Samantha Miss Universe Malaysia 2017

Samantha ratu baru Miss Universe Malaysia 2017

Quote:

Kuala Lumpur: Model dan pelakon, Samantha Katie James, 23, dari Kuala Lumpur, dimahkotakan sebagai ratu baru Miss Universe Malaysia 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, sebentar tadi

Samantha menerima hadiah wang tunai RM52,000 serta barangan lain berharga lebih RM150,000

Tempat kedua, ketiga, dan keempat disandang Dana Low, Ollemadthee Kunasagaran, dan Laura Simon

Gadis kacukan Cina-Brazil itu menewaskan 16 peserta lain yang bertanding sekali gus bakal mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe edisi ke-66 akan datang

Pada pertandingan yang dihoskan Amelia Henderson dan Joey G itu, kesemua peserta dinilai dalam beberapa pusingan iaitu pakaian renang, gaun malam, dan soal jawab

Tujuh juri yang mengadili peserta adalah selebriti terkenal tempatan, Datuk Hans Isaac dan Debbie Goh, Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka, dan pereka fesyen, Rizman Ruzaini

Tidak ketinggalan, pemilik salon Shawn Cutler, Shawn Loong, pemilik Ceres Jewels, Datuk Sri Navneet Goenka, dan Pengarah Pemasaran Rangkaian Antarabangsa NBCUniversal, Judriena Jamaludin

http://www.hmetro.com.my/node/208419


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts