You are here
berita 

Rupa-rupanya suami sudah meninggal dunia

Orang ramai memenuhi pekarangan rumah mangsa

Rupa-rupanya suami sudah meninggal dunia

24 MAC 2017

GUA MUSANG – Seorang lelaki ditemui maut di bilik rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gua Musang, di sini, oleh jirannya setelah gagal dihubungi isteri sejak pagi semalam.

Mangsa, Badrol Hisham Kassim, 56, dipercayai meninggal dunia seorang diri setelah menghantar isteri dan anak pulang ke kampung di Jeli, sejak Khamis lalu.

Menurut saksi, Zulkifli Ibrahim, dia dimaklumkan jiran mangsa, Rohani Awang, bahawa isteri mangsa memintanya untuk melihat keadaan Badrol di rumah mereka.

“Saya cuba mengetuk pintu beberapa kali namun tiada jawapan. Lalu saya memecahkan pintu kerana terhidu bau busuk.

“Mayat mangsa ditemui berada di salah satu bilik tidur dan saya segera menghubungi polis,” katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…dunia-1.648470

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts