You are here

Rumahtangga Raja Farah Bergolak?

Raja Farah mengakui selepas empat tahun berkahwin, dia tetap berasa keseorangan kerana sehingga kini belum dikurniakan zuriat.
Rumahtangga Raja Farah Bergolak?, info, terkini, hiburan, gosip, artis, sensasi
Empat tahun lalu, Raja Farah Raja Aziz, 26, membulatkan tekad untuk mengurangkan aktiviti seni dan memberikan sepenuh fokus kepada rumah tangga dan keluarga.

Rezeki yang tidak berpihak buat pasangan Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 29, untuk menimang cahaya mata sepanjang tempoh itu memaksa pelakon filem Aku Masih Dara itu mempertimbangkan kembali keputusannya sebelum ini.

“Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian.

“Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin.

“Dia pula selalu berada di Pulau Perhentian (Terengganu) bekerja sebagai jurulatih selaman di sana sejak dua tahun lalu memaksa saya untuk mencari alternatif untuk membunuh rasa bosan itu dengan berlakon,” katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar Doa Untuk Malaysia di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rumahtangga Raja Farah Bergolak?, info, terkini, hiburan, gosip, artis, sensasi
Raja Farah percaya apabila dia membuat keputusan untuk kembali aktif dalam bidang seni, pengarah dan produksi sendiri sudah sedia memahami situasi serta batasan dirinya sebagai wanita berhijab yang sudah bersuami.

Terkini, dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama 13 episod adaptasi novel berjudul, Salju Sakinah terbitan TV Alhijrah bergandingan dengan pelakon Yus Waisar di Johor.


Sumber : kosmo.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment