You are here
berita 

Rumah DIY siap sembilan hari

Amir (dua dari kiri) melakukan gimik pemasangan rumah simulasi DIY sempena majlis perasmian simulasi pemasangan rumah DIY @ KKBP di Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Sebanyak 5,000 unit rumah berkonsepkan pasang sendiri (DIY) bakal dibina melalui penglibatan tenaga pengajar dan pelajar dari politeknik serta Kolej Komuniti tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor berkata, projek rintis melibatkan pembinaan 50 unit rumah akan dilaksanakan di Lekir, Manjung, Perak di bawah konsep My Beautiful New Home pada April ini.

Menurutnya, pelancaran bagi pembinaan projek itu dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rumah DIY ini merupakan projek yang diilhamkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bagi menghasilkan rumah di bawah RM20,000.

“Rumah berkenaan juga perlu siap dalam tempoh kurang sebulan. Kolej Komuniti telah berjaya menghasilkan rumah komuniti ini menggunakan konsep Building Information Modeling. Ia telah dilaksanakan di Parlimen Besut membabitkan 102 unit rumah pada 2016.

“Kita akan membina 5,000 buah rumah menggunakan reka bentuk yang sama. Tapak pembinaan rumah akan disediakan kerajaan negeri berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Amir hadir pada majlis perasmian pemasangan rumah DIY @ Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) di sini semalam.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…a&pg=ne_07.htm

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts