You are here
berita 

Rumah disamun, Ditikam pisau pemotong sayur

Quote:

Melaka: Wanita cedera di perut selepas ditikam lelaki dalam kejadian cubaan samun di Jalan Makmur, Kampung Panchor, Alor Gajah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata kejadian ketika mangsa baru pulang dari rumah bapanya, pada 2.30 petang semalam

Menurutnya, mangsa yang menetap bersendirian kemudiannya keluar untuk menyangkut pakaian di bahagian dapur

“Bagaimanapun, mangsa yang masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil penyangkut baju tiba-tiba terserempak dengan suspek yang memegang pisau dan tertikam bahagian kanan perutnya

“Dipercayai suspek sudah berada di dalam rumah sebelum mangsa pulang dan motif awal kejadian dipercayai cubaan samun,” katanya

Beliau berkata, pisau pemotong sayur yang digunakan suspek sudah dirampas selain usaha mengesan lelaki itu giat dijalankan

“Mangsa dikatakan tertusuk pisau sedalam kira-kira dua sentimeter dan dia kini dirawat di Hospital Melaka selain kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/209070


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts