You are here
berita 

Robot penjelajah bulan milik India ditemui lepas 8 tahun hilang



Nasa berjaya menemui Chandrayaan-1 sejak ia dilaporkan hilang pada Ogos 2009

NEW DELHI – INDIA. Robot penjelajah bulan pertama India, Chandrayaan-1, yang dilaporkan hilang lapan tahun lalu ditemui Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa), Khamis lalu.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (Isro) terputus hubungan dengan robot itu pada Ogos 2009, hampir setahun selepas ia dilancarkan ke orbit dan dianggap telah terhempas ke bulan.

Lapan tahun kemudian, saintis Nasa di Jet Propulsion Laboratory, California mengumumkan bahawa mereka telah menemui robot berkenaan dengan teknik radar antara planet baharu.

“Pengiraan kami menunjukkan Chandrayaan-1 masih mengelilingi 200 kilometer di atas permukaan bulan.

“Chandrayaan-1 buktikan radar antara planet ini boleh melihat objek saiz kecil beberapa juta batu dari bumi dan menunjukkan keupayaan tekniknya,” menurut Nasa dalam kenyataan. – Channel News Asia

http://www.sinarharian.com.my/global…tahun-1.642576

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts