You are here
berita 

RM100j untuk projek lampu jalan kampung

PM menyampaikan sumbangan ketika majlis berbuka puasa di Masjid Kg Pering, Kodiang – FOTO Azhar Ramli

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 (LJK8) peringkat kebangsaan sebanyak RM100 juta bagi penyediaan lampu jalan di luar bandar hari ini.

Najib berkata, bagi Kedah, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM6.1 juta untuk pemasangan 8,093 unit lampu jalan kampung di semua 15 Parlimen termasuk 96 buah kampung di Jerlun.

Menurutnya, negeri ini sahaja akan mendapat keseluruhan 40,000 lampu jalan melalui bajet RM100 juta yang diumumkan tahun lalu termasuk pemasangan lampudiod pemancar cahaya (LED).

“Pemasangan lampu LED ini kerana saya mahu orang kampung lihat cahaya lampu yang terang bersinar supaya Pilihan Raya Umum (PRU) nanti kita (BN) juga akan bersinar,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dan rakyat peringkat Kedah di Masjid Pering, Jerlun hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sebelum ini, Perdana Menteri juga sudah melancarkan LJK8 di Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan media berkata, peruntukan itu membolehkan 422,000 unit lampu jalan kampung dipasang di seluruh negara termasuk 122,133 unit di bawah LJK8 yang berjumlah RM100 juta.

Projek terbabit di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi memastikan keperluan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya harap untuk rakyat khususnya di luar bandar dapat dipenuhi.

TNB sebagai agensi pelaksana yang dilantik KKLW komited untuk memastikan pemasangan lampu di bawah projek LJK dilaksana dengan cekap dan selamat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada Oktober 2017

sumber: http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20…-jalan-kampung

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts