You are here
berita 

Ribut salji badai Eropah, bekalan elektrik 300,000 rumah terganggu

Quote:

LONDON: Ribut salji ganas membadai Eropah hari ini, mengorbankan seorang wanita dan menyebabkan 330,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik di Perancis ketika perkhidmatan penerbangan dan kereta api dibatalkan, manakala kawasan pantai diberi amaran banjir

Britain mengeluarkan hampir 12 amaran banjir teruk, bermaksud ada risiko banjir teruk dan membahayakan nyawa serta menggesa ribuan penduduk berpindah di beberapa kawasan tepi pantai

Ribut itu, secara rasmi diberi nama Egon, turut membadai Belgium dan Jerman, di mana lapangan terbang antarabangsa Frankfurt terpaksa membatalkan 120 penerbangan, menurut media Jerman

Eurostar membatalkan dua perjalanan kereta api antara London dan Paris sementara 180 penumpang terpaksa menghabiskan malam sejuk dalam kereta api kelajuan tinggi Thalys dari Brussels ke ibu kota Perancis itu yang akhirnya tiba 10 jam kemudian

“Kami berhenti di landasan kira-kira jam 9 malam. Pada mulanya ada bekalan elektrik, namun ia terputus. Kami bergelap tanpa alat pemanas,” kata Eduardo Soteras, seorang penumpang Eurostar

Di Perancis, seorang wanita maut akibat ditimpa pokok jatuh berhampiran taman miliknya di perkampungan berhampiran pusat percutian Mediterranean, Nice, sementara seorang wanita di Albania ditemui mati semalam di luar rumahnya di bandar selatan Saranda

Angin dengan kelajuan sehingga 146 kilometer sejam (km/j) bertiup di pelabuhan Channel, Perancis di Dieppe, sementara sebahagian Jerman berdepan salji setebal 30 sentimeter hari ini, menurut pegawai cuaca Jerman

Sejak akhir minggu lalu, cuaca sejuk melampau di seluruh Eropah mengorbankan lebih 60 orang dengan gelandangan dan pelarian terkandas di negara seperti Greece dan Serbia paling berisiko

“Cuaca sejuk melampau melanda tenggara Eropah dengan suhu amat dingin dan salji di Itali, Balkan dan Turki. Ia menyebabkan banyak nahas jalan raya, penutupan sekolah, pembatalan penerbangan dan kesukaran buat gelandangan dan pelarian,” kata agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234201


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts