You are here
berita 

Remaja hina TMJ gagal rayuan, Kekal di tempat pemulihan akhlak hingga umur 21 tahun

Quote:

Putrajaya: Seorang remaja lelaki yang mengaku bersalah menghantar komen menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga berusia 21 tahun

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh hari ini menolak rayuan terakhir Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana berkelakuan baik

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada September tahun lalu, yang memerintahkan Muhammad Amirul, 19, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka sehingga berusia 21

Mahkamah Tinggi itu mengetepikan hukuman penjara setahun Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap buruh berkenaan dan memerintahkan dia ditempatkan di pusat pemulihan akhlak terbabit

Muhammad Amirul, dari Tumpat, Kelantan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen itu terhadap 14 tuduhan menghantar komen menghina Tunku Ismail menerusi akaun Facebook ‘Miyo Castello’, dengan niat ingin menyakiti hati Tunku Ismail dan institusi diraja Johor

Peguamnya Hassan Abdul Karim memberitahu pemberita, Muhammad Amirul sudah dipenjara tiga bulan sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi, dan anak guamnya akan mencapai usia 21 tahun dalam tempoh satu tahun lima bulan

Beliau berkata Muhammad Amirul juga akan menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat pemulihan akhlak itu

http://www.hmetro.com.my/node/196686


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts