You are here
berita 

Remaja berbasikal berkumpulan lewat malam akan ditahan & kaunseling – MB Terengganu

DATUK Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bergambar bersama murid murid sekolah selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan Persekutuan di SK Bukit Tok Beng, Kuala Nerus

Quote:

KUALA NERUS: Kerajaan negeri meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil tindakan ke atas remaja yang menunggang basikal secara berkumpulan selepas jam 12 tengah malam

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata remaja yang didapati menunggang basikal tanpa tujuan selepas jam 12 tengah malam akan dihantar mengikuti kaunseling

Katanya, ibu bapa remaja terbabit juga akan dipanggil untuk menjalani proses kaunseling dan interaksi secara bersemuka oleh pakar daripada JHEAT

“Ada antara remaja berbasikal selepas jam 12 tengah malam memberi alasan bosan tinggal di rumah dan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa

“Remaja terbabit mengakui keluar melalui tingkap ketika ibu bapa dan ahli keluarga tidur,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-20 serta menyampaikan bantuan awal persekolahan Kerajaan Pusat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, di sini, hari ini

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Matsor Ismail dan Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tok Beng, Mohd Nasir Awang

Minggu lalu, lapan remaja penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, kira-kira jam 3.30 pagi

Mengulas langkah PDRM menyediakan peti lawatan polis di 104 sekolah berasrama di seluruh negeri ini, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyambut baik usaha menangani jenayah dalam kalangan pelajar seperti buli, curi, pergaduhan dan penyalahgunaan dadah

Katanya, walaupun kerajaan negeri dimaklumkan pelakuan jenayah dalam kalangan pelajar di kawasan sekolah di negeri ini masih terkawal, pencegahan awal perlu dilakukan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/253218


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts