You are here
berita 

Rasuah: SPRM tahan pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel

Quote:

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki terlibat rasuah

Sumber SPRM memberitahu , suspek berusia 57 tahun yang berpangkat Leftenan Kolonel itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh pada 2.30 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan dirinya

“Suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor, memantau proses kerja, mengesahkan spesifikasi piawaian dan memperakukan tuntutan kerja oleh kontraktor di Zon Timur dipercayai menerima suapan daripada kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dengan isteri suspek merupakan pengarah syarikat berkenaan,” katanya

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu

“Saya mengesahkan penahanan suspek pada hari ini dan akan ada beberapa tangkapan lagi dibuat berhubung siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut

http://www.utusan.com.my/berita/jena…ntera-1.448331


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts