You are here
berita 

Rasuah RM5000: 2 anggota, seorang pesara polis mengaku tidak bersalah

SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor, M. Krishnan diiringi pegawai SPRM tiba di Mahkamah Shah Alam untuk pendakwaan atas tuduhan memperolehi suapan dari seorang wanita bernilai RM15,500 pada tahun lalu

Quote:

SHAH ALAM 8 Mac – Dua anggota termasuk seorang pesara polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini hari ini atas tuduhan memperoleh suapan wang tunai bernilai RM5,000 sebagai dorongan tidak meneruskan tindakan terhadap seorang suspek berkaitan kes memiliki dan mengedar dadah, dua tahun lalu

Tertuduh, Azahar Adon, 56; Rosli Bali, 55 dan Yusof Ali, 60, dituduh melakukan perbuatan itu semasa ketiga-tiga mereka bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada 22 April 2015

Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh yang diwakili seorang peguam, Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Asmadi Hussin selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahk…#ixzz4ai9kKQla


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts