You are here
berita 

Rangka manusia bertatah permata

RANGKA Saint Hyacinth yang dihiasi dengan permata. – DM

Munich: Dengan ditatahkan permata dan disarungkan dengan pakaian emas yang berkilauan, ia sudah pasti antara rangka manusia yang dihias secara paling baik dalam sejarah.

Rangka ini di simpan di Furstenfeld Abbey, sebuah biara di Bavaria yang terletak berhampiran Munich, Jerman.

Walaupun dengan pakaian yang menakjubkan itu, ia kurang diketahui dalam kalangan pelancong.

Dua rangka itu dipercayai mayat Saint Hyacinth dari Caesarea dan Saint Clemens yang diawet dan disimpan di dalam bekas kaca sejak ratusan tahun lalu.

Saint Hyacinth yang turut dipakaikan mahkota dengan permata ditatahkan di bawah dagunya mati pada 108 Masihi ketika berusia 12 tahun.



http://www.hmetro.com.my/node/208498

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts