You are here
berita 

Rakaman lelaki curi 4 tabung derma atas kaunter

ANTARA klip yang tular di Facebook.

Nibong Tebal: Polis kini memburu lelaki yang dikatakan mencuri tabung derma milik pusat tahfiz dan rumah anak yatim.

Tabung terbabit diletakkan di restoran makanan Arab, di Taman Pekaka, di sini, dan kejadian itu berlaku semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafee Abdul Samad, berkata kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu, pada 1.30 tengah hari.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu, lelaki berbadan kurus berketinggian kira-kira 1.8 meter memakai baju-t merah dan jeans biru ambil empat tabung atas meja kaunter.

“Ketika itu semua pekerja restoran berada di bahagian dapur dan langsung tidak menyedari insiden itu,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki dan kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.

Rakaman CCTV insiden itu menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp dan netizen mengecam suspek kerana mencuri tabung milik pusat tahfiz dan rumah anak yatim.

http://www.hmetro.com.my/node/203499

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts