You are here

Punca Rita Rudaini Rasa Ragu Cari Pengganti Suami

Punca Rita Rudaini Rasa Ragu Cari Pengganti Suami | Kerana pengalaman dan kegagalan perkahwinan lalu, Rita Rudaini mengakui sudah malas memikirkan soal pengganti. Kebimbangan terbesar Rita saat ini andai dipertemukan dengan lelaki dan seterusnya bergelar kekasih dan suami ialah mampukah beliau menyayangi anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 3.
Punca Rita Rudaini Rasa Ragu Cari Pengganti Suami, info, terkini, hiburan , gosip, sensasi, hangat
Menurut Rita, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengenang kisah lalu kerana sudah terlalu lama menderita dengan perkahwinan yang pernah dibina. Rita bercerai dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak 5 September 2013.

“Benar hingga saat ini, persoalan yang sering bermain di fikiran andai saya berkahwin lain pada masa akan datang ialah mampukah lelaki itu menyayangi anak saya dengan ikhlas. Anak nyawa saya. Saya jadi takut kalau lelaki itu tak boleh sayang anak saya seperti mana saya sayangkan mereka.

“Memang kalau sentuh bab anak, air mata saya boleh bergenang. Sensitif jadinya. Pernah kalau saya naik suara dan memarahi mereka, akhirnya saya yang rasa kesal dan serba salah. Perasaan itu selalu menerpa terutamanya saat saya lihat mereka sedang tidur nyenyak di rumah.

“Di dunia ini, mereka tiada siapa lagi ..hanya saya. Sesekali perasaan itu terbang jauh mengenangkan masa depan mereka bila sudah besar nanti. Tapi selagi saya masih hidup, saya akan cuba untuk memberikan kasih sayang dan tanggung jawab sebagai ibu sekali gus sebagai bapa kepada mereka. Insya-Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, keputusan kes tuntutan nafkah dua anak Rita yang difailkan terhadap bekas suami akan diketahui 10 Disember depan di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya. Mengikut Rita, dia agak kesal kerana bekas suami terlalu berkira dalam soal berkenaan.

“Yang dia (bekas suami) tahu sebelum ini hanya ‘buat anak’ tapi tak tahu bertanggungjawab. Daripada dia habiskan duit bayar khidmat peguam untuk kes mahkamah ini lebih baik dia bagi duit itu kepada anaknya. Hingga saat ini, anak saya nak sekolah pun dia tak ambil tahu.

“Janjinya nak bagi duit sekolah anak dan bayar pembantu rumah pun tinggal janji. Malah dia pernah janjikan anak saya nak belikan itu dan ini tapi semuanya tak dipenuhi. Memang saya mampu sara anak tapi apa bahagian dan tanggung jawabnya sebagai bapa.

“Daripada dulu lagi, sebagai contoh persiapan raya, saya yang sediakan termasuk untuknya sendiri. Bukan nak ungkit cuma apabila dia nak lawan kes tuntutan nafkah ini, nampak sangat dengan anak yang memang darah dagingnya pun dia berkira,” katanya.

Rita turut menjelaskan ramai orang yang hanya tahu kutuk dan cakap pandai saja apabila kes mahkamah serta keretakan rumah tangganya berterusan.

“Cuba anak mereka sendiri kena macam saya lalui. Nasib anak saya ada ibu yang mampu beri keselesaan. Cuba kalau saya hanya suri rumah dan tak bekerja, agak-agaknya apalah nasib anak saya. Tidur bawah jambatan gamaknya dan nak ke sekolah pun tak boleh.

“Kalau ada yang cakap bekas suami beri RM2,000 sebulan untuk anak mencukupi, bayangkan tempat tinggal anak pun sewanya lebih daripada itu. Bayaran sekolah, makan pakai lagi macam mana. Semalam kedua-dua anak saya ke hospital demam dan muntah pun kosnya sudah mencecah RM700.

“Saya bawa mereka ke pusat perubatan Prince Court kerana mahukan yang terbaik untuk anak. Anak sakit, hati kita memang susah. Kalau anak dia sendiri pun pastinya dia mahu tempat terbaik. Iyalah dia memang nak yang ada kelas saja,” katanya.

Menurut Rita lagi, apa yang diperjuangkan beliau kini untuk tuntutan nafkah anak kerana berfikiran logik serta waras.

“Sebab dia mampulah, saya tuntut hak ini. Lainlah kalau dia kerja biasa memang tak logiklah kalau saya minta lebih. Mungkin dia sudah lupa kasih sayang anak kepadanya dulu. Tunggulah satu hari nanti, doa anak yang teraniaya jangan dibuat main,” katanya.

 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment