You are here
berita 

Proton tawar diskaun untuk ahli kesatuan Hokkien

Ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia kini layak mendapat diskaun atau potongan harga istimewa sehingga setinggi 10 peratus bagi membeli semua kereta Proton.

Menurut akbar berbahasa Cina, Nanyang Daily, potongan harga itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Li Chunrong semasa sebuah majlis makan malam dengan pengusaha Hokkien tempatan Jumaat lalu.

“Mana-mana rakyat Malaysia berketurunan dari Fujian yang membeli kereta Proton akan menikmati harga paling istimewa,” kata Li.

Surat Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PONSB, Abdul Rashid Musa kepada persekutuan itu menggambarkan perjanjian berkenaan sebagai kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Tawaran itu sah mulai 12 Januari lalu hingga 31 Mac tahun ini, menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

“Kami berharap bahawa ini akan menjadi titik permulaan yang baik untuk lebih banyak kerjasama akan datang,” kata Abdul Rashid.

Mengikut senarai harga yang dilampirkan itu, diskaun antara 5 hingga 10 peratus ditawarkan. Sebagai contoh, mereka yang membeli kereta Proton Perdana 2.4 akan mendapat potongan sebanyak RM12,911.

Sumber : Malaysiakini

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts