You are here
berita 

Pos Malaysia dijangka naik harga sehingga 42 peratus

Yuran perkhidmatan pos sedang dalam proses kenaikan harga dengan penyelarasan sehingga 42 peratus dijangkakan.

KUALA LUMPUR – Yuran perkhidmatan pos sedang dalam proses kenaikan harga dengan penyelarasan sehingga 42 peratus dijangkakan.

Nanyang Siangpau melaporkan, bahan kiriman standard kurang daripada 20 gram dijangka dinaikkan daripada 60 sen kepada 85 sen dengan kadar kenaikan sebanyak 41.67 peratus.

Untuk bahan kiriman kurang daripada 50 gram pula, ia akan dinaikkan daripada 70 sen kepada 95 sen.

Bagi bahan kiriman tidak standard yang kurang daripada 50 gram, ia akan dinaikkan daripada 80 sen kepada RM1.05.

Sumber memberitahu akhbar itu, kadar kenaikan berkenaan sedang menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa.

Setem-setem baharu dalam nilai 85 sen, 95 sen dan RM1.05 telah disediakan berbanding setem sedia ada yang kebanyakannya adalah bernilai 60 sen, 70 sen, 80 sen dan 90 sen.

Kali terakhir Pos Malaysia menaikkan yuran pos adalah pada 1 Julai 2010 dengan kadar kenaikan yang mencecah 100 peratus.

http://malaysiagazette.com/ms/akhbar…pos-naik-harga

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts