You are here
berita 

Polis trafik parah dilanggar Myvi ketika kawal lalu lintas

Shafie Daud

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Seorang anggota polis trafik berpangkat lans koperal parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Connaught menghala ke Petaling Jaya dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu, mangsa, Khairul Abd. Majid, 33, parah di bahagian kepala dan masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dekat sini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafie Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama tiga anggota lain sedang mengawal aliran trafik kerana berlaku satu kemalangan.

“Ketika mangsa sedang membuat kawalan trafik, anggota terbabit dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak lebih empat meter.

“Berikutan insiden berkenaan, pemandu lelaki berusia 25 tahun yang menetap di Klang dikatakan cuba melarikan diri namun dia ditahan oleh rakan anggota,” katanya di sini hari ini.

Kata Shafie, pemandu berkenaan kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan selain diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Quote:

Pada 19/12/2016 jam 0410 satu kejadian kemalangan telah berlaku di Lebuhraya Connaught menghala ke Petaling Jaya .

Anggota standby kemalangan 1 dan 4 sampai di L/raya Connaught bagi kawalan lalu lintas disebabkan sebuah M/kar Myvi terbabas di lorong Kanan Jalan.

Setelah parking m/kar pasukan no WLR 7061 dalam keadaan pasang lampu hazard dan beacon light di tepi bahu kiri jalan.

Anggota standby kemalangan 1 yang sedang buat kawalan lalu lintas tiba-tiba dilanggar oleh sebuah m/kar no pendftrn no WC5073Y yang dipandu 1 L C yang hilang kawalan lalu berpusing ke arah yang standby 1.

Akibat perlanggaran standby 1 tercampak ke kanan jalan sejauh 15 kaki. Pemandu m/kar no WC5073Y yang cuba melarikan diri ditangkap oleh Standby Kemalangan 4. Kerosakan m/kar no WC5073Y di bahagian belakang kiri.

Akibat dari kemalangan, Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.Sedang menerima rawatan di wad kecemasan PPUKM.


– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha….RWIRG3Yp.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts