You are here
berita 

Polis tahan pegawai SPRM peras ugut minta wang

Pegawai SPRM Putrajaya ditahan kerana cuba memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis, semalam.

Bukit Mertajam – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, ditahan kerana memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Machang Bubok, Bukit Mertajam pada 10 malam.

Menurut sumber, suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan itu dengan meminta wang daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktivi pusat perjudian.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang kira-kira RM3, 000 daripadanya.

“Suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20…p-pegawai-sprm

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts