You are here
berita 

Polis nafi tular kejadian culik murid Tahun 1 di sekolah

Quote:

HULU SELANGOR – Polis menafikan kejadian viral kononnya terdapat kejadian culik membabitkan murid perempuan tahun satu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) di daerah ini yang didakw berlaku kira-kira jam 1.30 petang, semalam

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada bapa pelajar berkenaan

Menurutnya, siasatan terperinci yang dijalankan dapati kejadian tersebut tidak berlaku dan ia adalah satu kekeliruan mangsa yang baru memulakan sesi persekolahan di sekolah tersebut

“Tiada kejadian seperti yang dilaporkan media sosial mengatakan dua lelaki yang tidak dikenali telah menculik mangsa

“Kita telah ambil keterangan pengawal keselamatan selain guru besar sekolah berkenaan yang juga mengesahkan tiada insiden itu berlaku kerana ianya hanyalah berpunca daripada salah faham sahaja,” katanya

Beliau berkata, mangsa sebenarnya sangat manja dan hanya menangis kerana menunggu kehadiran ayahnya yang lewat untuk mengambilnya di sekolah

Justeru, polis mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak sewenangnya mengviralkan kes-kes sebegini yang boleh mendatangkan kerisauan kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah

Tambahnya, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan anak mereka dan menghubungi polis sekiranya ingin melaporkan sesuatu kejadian

“Bagi pihak sekolah, kita telah menempatkan seorang pegawai polis (Pegawai Seranta Sekolah) di setiap sekolah yang berperanan untuk menjalankan lawatan berkala ke sekolah,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/semasa…hun-1-1.608043


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts