You are here
berita 

Polis buru pemandu heret anjing di belakang lori

Quote:


Gambar dari laman sosial menunjukkan sebuah lori mengheret seekor anjing yang diikat menggunakan tali di belakang lori di atas jalan raya.


LIMBANG 9 Jan. – Polis sedang mengesan pemandu dan pemilik sebuah lori yang dirakamkan mengikat seekor anjing dan mengheretnya semasa bergerak di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Bukhori Saffai, pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang lelaki tempatan di Kuching mengenai kejadian berkenaan.

“Lori itu didakwa mengheret seekor anjing yang diikat menggunakan tali di belakang lori di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakaman percakapan pengadu juga telah diambil.

“Kita juga sedang mengesan pemandu dan pemilik lori itu bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Ordinan Penganiayaan Binatang 1963,” ujarnya.

https://www.utusan.com.my/berita/jen…icari-1.430004

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts