You are here
berita 

Pokok tumbang di 22 lokasi di Johor

ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan kerja pemotongan pokok yang tumbang selepas hujan lebat dan angin kencang. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Johor Bahru: Sekurang-kurangnya 22 lokasi di sekitar daerah ini berlaku pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi sejak 9.39 malam tadi.

Beliau berkata, selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), turut diarahkan menguruskan insiden pokok tumbang ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Kerja Raya.


ANGGOTA bomba dan penyelamat melakukan kerja pemotongan pokok yang tumbang selepas hujan lebat dan angin kencang. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Katanya, antara lokasi yang berlakunya pokok tumbang ialah di Pejabat Daerah Johor Bahru, Larkin; Jalan Padi, Jalan Padi Malinja dan Jalan Padi Malinja 1 dekat Bandar Baru Uda (BBU).

“Turut berlaku pokok tumbang di Jalan Padi Emas (BBU) dan banyak lagi kawasan di BBU termasuk Jalan Mahsuri 1 dan simpang Jalan Padi menuju ke Taman Skudai Kanan.

“Lokasi lain ialah Jalan Sekoi, simpang ke taman perumahan Skudai Kiri, Jalan Tahana, Adda Height, Taman Daya, Jalan Mutiara 13, Taman Bukit Mutiara dan Jalan Serama, sepanjng Jalan Bukit Mutiara serta kawasan perindustrian Tebrau berhampiran Lebuhraya Pasir Gudang,” katanya.

Mohd Aziz berkata, lalu lintas turut terjejas di beberapa lokasi itu, namun pihak APM dan agensi lain yang bertugas dalam proses menyelesaikan kesulitan itu.

Katanya, pihaknya juga percaya terdapat beberapa lagi lokasi yang berlaku pokok tumbang dan masih dipantau.

“Setakat ini tiada sebarang laporan kemalangan jiwa, namun terdapat seorang pemandu kereta yang dilaporkan cedera di Taman Mount Austin di sini dan sudah diserahkan kepada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

“Berdasarkan laporan diterima, tiga kenderaan turut terjejas” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/187030

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts