You are here
berita 

PM rasmi Wisma Yayasan Pekema

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Wisma Yayasan Pekema di Star Central hari ini

Quote:

CYBERJAYA 14 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis perasmian Wisma Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) di Star Central, Persiaran Rimba Permai di sini, hari ini


Dua blok bangunan lapan tingkat yang berkeluasan 36,000 kaki persegi itu dibina menggunakan konsep moden yang dilengkapi ciri-ciri berteknologi tinggi bernilai RM25 juta.

Bangunan baharu itu turut dilengkapi dengan lanskap taman mini dan pentas yang dikelilingi binaan air pancut di tingkat empat sementara di bahagian bawah pula terdapat sebanyak 64 tempat meletak kenderaan yang serba lengkap

Blok pertama bangunan itu akan dijadikan sebagai ibu pejabat dan Akademi Pekema sementara blok kedua akan disewakan kepada mana-mana khususnya kepada ahli persatuan

Majlis perasmian bangunan kedua persatuan itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan; Presiden Pekema, Datuk Zainuddin Abd. Rahman dan Timbalan Presiden Pekema, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi….LZQiFtYD.dpuf


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts