You are here
berita 

Pertukaran, penyelarasan jawatan pegawai kanan PDRM berkuatkuasa 13 Februari 2017

Quote:

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan penyelarasan jawatan 10 pegawai kanannya, berkuat kuasa 13 Februari ini

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan V Navaretnam, berkata mendahului senarai adalah Ketua Komunikasi Korporat, Urus Setia KPN, Asisten Komisioner (ACP) Datin Asmawati Ahmad yang memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC), namun kekal dengan jawatan sekarang

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, ACP Sharifah Hawariah Syed Idrus bertukar sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan, Pencegahan dan Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC

“Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Mokhtar Mohd Noor ditukar sebagai Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Urus Setia KPN (Pentadbiran) dengan memangku pangkat SAC

“Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat, Persatuan, Syarikat) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Latt Mazura Mansor ditukarkan ke IPK Kuala Lumpur sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Sementara itu, Superintendan Pegawai Penyiasat Kanan (Jenayah Korporat) JSJK Bukit Aman, Superintendan R Rajagopal akan mengambil alih jawatan Latt Mazura sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat, Persatuan, Syarikat) JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP

“Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP

“Pertukaran jawatan turut membabitkan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Tetap ASEANAPOL, Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman, Superintendan Aidah Othman yang ditukar sebagai Pengarah Perancang dan Program Sekretariat Tetap ASEANAPOL Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP

“Turut ditukarkan, Superintendan (D4) Rekod Jenayah JSJ Bukit Aman, Superintendan Shamsul Amar Ramli yang sebagai Pegawai Turus Urus Setia (Pentadbiran) Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman,” katanya

Navaretnam berkata, Superintendan E2B1 Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Zafari Zulkifli pula ditukarkan ke IPK Negeri Sembilan sebagai Ketua Cawangan Khas kontinjen negeri itu dengan memangku pangkat ACP

Katanya, pertukaran terakhir membabitkan Superintendan Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Chat sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas IPK Johor dengan memangku pangkat ACP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234460


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts