You are here
berita 

Perlis benarkan hasil zakat diedarkan kepada bukan Islam

Quote:

PETALING JAYA: Perlis mengambil ketetapan membenarkan hasil pungutan zakat diedarkan kepada bukan Islam, negeri pertama yang mengambil pendirian sedemikian.

Ia diumumkan Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, susulan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 Feb lalu.

Mesyuarat itu antara lain berpandangan bukan Islam tergolong sebagai salah satu daripada 8 asnaf (golongan layak menerima zakat)

Menurutnya, bukan Muslim boleh dikategorikan sebagai “muallafah qulubuhum” atau golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” menurut kenyataan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang dimuat naik Asri hari ini.


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts