You are here
berita 

Perdana Menteri New Zealand & Itali letak jawatan

JOHN KEY

WELLINGTON 5 Dis. – Perdana Menteri New Zealand, John Key meletakkan jawatan secara mengejut hari ini.

Menurut Key, beliau merasakan inilah waktu paling sesuai untuk meletakkan jawatan selepas berkhidmat selama lapan tahun.

“Ini merupakan keputusan paling sukar pernah dilakukan dan saya tidak tahu apa langkah selepas ini. Menjadi pemimpin parti dan negara adalah pengalaman paling menakjubkan,” katanya dalam satu sidang akhbar. – AFP

http://www.utusan.com.my/berita/luar….bPXQoBG9.dpuf

___________________


MATTEO Renzi mengumukan perletakkan jawatannya dalam satu sidang akhbar berkuatkuasa serta merta selepas kalah teruk dalam pungutan suara berhubung pembaharuan perlembagaan. – UTUSAN ONLINE/AFP/ANDREAS SOLARO

ROME 5 Dis. – Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengumumkan peletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta selepas kalah teruk dalam pungutan suara berhubung pembaharuan perlembagaan.

Beliau yang membuat pengumuman mengejut itu dalam satu sidang akhbar hari ini selepas mengetahui keputusan undian tersebut beberapa jam lepas.

“Pengalaman saya dalam kerajaan berakhir di sini,” kata Renzi selepas perubahan yang cuba dibawakannya menerima undian penolakan yang jelas.

Kempen undian penolakan yang diketuai oleh parti populis, Five Star Movement telah memenangi referendum itu dengan 59.5 peratus.

Hampir 70 peratus rakyat Itali yang layak mengundi pada Ahad telah membuang undi mereka, dan ia dilihat sebagai maklum balas undian yang tinggi sekali gus menunjukkan betapa besar isu yang terkait dengannya.

Renzi berkata, beliau akan menemui Presiden Sergio Mattarella pada Isnin untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya selepas mesyuarat terakhir Kabinet.

Mattarella kemudian akan menentukan pelatikan kerajaan baharu, atau jika tidak, mengarahkan pilihan raya awal. – AFP

http://www.utusan.com.my/berita/luar….azbk9OMB.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts