You are here

Perancis larang majikan hubungi pekerja selepas waktu kerja

PARIS: Rakyat Perancis boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang melarang majikan menghubungi pekerja selepas waktu kerja bermula 1 Januari depan.

Berdasarkan undang-undang terbabit, pekerja di negara itu mempunyai hak untuk mengabaikan emel atau panggilan selepas waktu kerja.

Selain itu, bermula 2017, semua syarikat di Perancis dikehendaki berunding dengan staf berkenaan jaminan “hak untuk tidak terhubung’ kepada pekerja masing-masing kerajaan menangani masalah pekerja terikat dengan tugas selepas waktu pejabat.

Selain itu, satu undang-undang pengambilan pekerja baharu akan dikuatkuasakan untuk memastikan setiap organisasi yang mempunyai lebih 50 pekerja, supaya memulakan rundingan bagi menentukan hak pekerja mengabaikan komunikasi berkaitan hal pejabat selepas waktu kerja.

Penggunaan gajet digital yang berlebihan didapati menjadi punca pekerja keletihan dan kurang tidur termasuk mengundang masalah hubungan semasa staf selain ramai pekerja tidak pasti waktu yang sesuai untuk mengabaikan gajet mereka.

Langkah itu diambil bagi mengatasi budaya kerja ‘sentiasa bersedia’ yang mengundang peningkatan tambahan waktu kerja yang tidak dibayar serta membuatkan pekerja untuk bertugas di luar pejabat.

“Terdapat jangkaan bahawa syarikat-syarikat akan menganggap “hak untuk tidak berhubung ini” sebagai langkah perlindungan (kepada pekerja).

“Pada masa yang sama, pekerja juga tidak mahu hilang autonomi dan fleksibiliti yang ditawarkan melalui penggunaan gajet mereka,” jelas pengarah kumpulan kajian Aristat, Xavier Zunigo terlibat dalam tinjaun terhadap isu itu pada Oktober lalu.

Di bawah undang-undang baharu, syarikat perlu patuh untuk membuat rundingan dengan pekerja tentang hak mereka untuk memadamkan telefon dan kaedah mengurangkan gangguan dalam kehidupan peribadi.

Jika sesuatu persetujuan tidak dapat dicapai, syarikat perlu menyiarkan piagam yang jelas menunjukkan permintaan dan hak pekerja di luar waktu kerja.

Kesatuan sekerja di Perancis dan beberapa media haluan kiri negara itu menyatakan bahawa undang-undang itu diperlukan kerana ‘pekerja sering dinilai atas komitmen kepada syarikat dan kesediaan mereka’.

Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler di Jerman atau syarikat kuasa nuklear Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis telah mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan pekerja mereka keletihan.

Antara langkah yang telah diambil termasuk mengekang penghantaran e-mel bermula waktu pulang kerja dan hujung minggu; ataupun menghapuskan terus e-mel itu jika dihantar pada pekerja yang sedang bercuti. – AFP

http://www.mstar.com.my/berita/berit…selepas-kerja/

Quote:

Dimarahi bos tak balas mesej dalam group Whatsapp

Nama saya Ali Abu (bukan nama sebenar). Berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang minyak dan gas. Apa yang saya ingin ceritakan lebih kepada luahan perasaan saja tentang aplikasi mesej yang bernama Whatsapp.

Tujuan saya menyatakan umur saya di atas sudah pasti ingin menunjukkan saya bukanlah muda, bukan generasi Y dan tidaklah terlalu hebat dalam penggunaan teknologi masa kini.

Saya mempunyai tiga cahaya mata yang berumur 5 hingga 16 tahun.

Selama hampir 20 tahun saya bekerja, waktu bekerja yang biasa adalah sekitar 8 pagi hingga 6 petang. Kadang kala apabila ada kerja lebih terpaksa dilakukan, ia dianjak hingga ke pukul 9 malam.

Cara kami berkomunikasi sesama rakan sekerja dan pihak pengurusan lebih atas selalunya melalui mesyuarat atau berjumpa secara berdepan. Tiada satu pun urusan kerja dilakukan selepas waktu bekerja.

Tahun lepas, terdapat perubahan baru secara tidak rasmi dalam syarikat apabila Whatsapp digunakan untuk berkomunikasi. Group dicipta dan hampir 25 pekerja ada dalam group tersebut. Secara teknologinya, ia memang membantu pekerja untuk berhubung tetapi timbuk pula masalah baru, kini pekerja terpaksa bekerja 24 jam. Semua kerja diarahkan bos dalam Whatsapp.

Tiada lagi 8 pagi hingga 6 petang waktu bekerja. Walaupun sudah balik dan jam terang-terang menunjukkan pukul 12 tengah malam pun masih ada mesej arahan dari bos yang masuk. Bukannya kerja tersebut tidak boleh ditangguhkan hingga keesokan harinya.

Kalau dulu, walaupun kerja tidak dapat disiapkan, masih ada esok pagi untuk disambung. Sekarang, pagi-pagi buta pun boleh menerima arahan baru yang perlu dimasukkan dalam laporan dan sebagainya.

Itu tidak lagi dengan bual-bual kosong atau mesej-mesej bodek bos dalam Whatsapp Group.

Secara tidak sedar, dalam tempoh setahun setengah, saya mengabaikan keluarga apabila lebih kerap memandang telefon berbanding mengadap secara berdepan muka kesayangan saya.

Saya cuba buat-buat tidak tahu dengan mesej yang masuk dalam Whatsapp walaupun arahan tersebut jelas ditujukan kepada saya. Akibatnya, esok saya menjadi mangsa amarah kerana tidak membalas mesej walaupun dengan ayat seringkas “OK”.

Bukan saya tidak mahu membalasnya, saya hanya mahu mengelak kerja masuk waktu di rumah. Saya cuba menumpukan kepada keluarga. Kalau dulu, kita tak perlu pun membalas SMS tetapi sekarang, kalau satu Whatsapp tidak dibalas, punah kena marah.

Perkara sama saya perhatikan kepada bapa-bapa moden sekarang. Tangan tidak lekang dengan telefon. Walaupun ketika makan malam di restoran, bapa-bapa masih memegang telefon membalas mesej. Mungkin ada yang seperti saya terpaksa menerima beban kerja selepas ‘office hour’.

Saya pernah dimarah juga kerana tidak membalas walaupun dalam group tersebut menunjukkan saya membaca mesej tersebut. Ya memang saya sengaja tidak membalas kerana masa dengan keluarga walau satu saat penting buat saya.

Hanya kerana saya baru sedar perkara ini selepas setahun, bos seakan berkata prestasi saya merudum. Kerja biasa tetap saya habiskan dengan cepat, mungkin kerana KPI baru adalah “Kau tak balas Whatsapp, kau tak efisien”.

Takut juga saya menjadi hamba Whatsapp dan telefon pintar pada masa sekarang!


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts