You are here
berita 

Penyiasat UFO muntah dua liter cecair hitam sebelum ajal

Quote:

OTWOCK – POLAND. Seorang penyiasat objek terbang tidak dikenali (UFO) dikatakan memuntahkan cecair hitam sebanyak dua liter sebelum ditemui mati di sofa, di sebuah rumah

Memetik laporan Metro.co.uk, pasukan bedah siasat gagal mengetahui punca kematiannya, sekaligus meninggalkan tanda tanya kepada semua pihak termasuk ibunya

Max Spiers, 39, yang berasal dari Canterbury, Kent telah terlibat dan menyiasat ramai ahli politik, dan ahli perniagaan

Ibunya, Vanessa Bates percaya anaknya telah menemui maklumat penting dan seseorang membunuh Spiers kerana bimbang maklumat tersebut disebarkan

Menurut Bates, beberapa hari sebelum kematian Spiers, anaknya menghantar pesanan, memintanya menyiasat segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada Spiers

Spiers kemudiannya mengalami peningkatan suhu, lemah tubuh badan, dan memuntahkan cecair hitam sehingga dua liter sebelum menemui ajal di sofa di sebuah rumah

Rakan serumahnya, seorang guru Bahasa Inggeris bergegas menghubungi pasukan perubatan, yang kemudian cuba menyelamatkannya, bagaimanapun gagal

Mayatnya dibawa pulang ke Kent untuk dibedah siasat dan dikebumikan

Bagaimanapun siasatan dalam kes kematiannya masih berjalan

http://www.sinarharian.com.my/global…-ajal-1.599788


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts