You are here
berita 

Penyewa lari tak bayar bil, tinggalkan rumah berulat

Keadaan rumah sewa milik seorang wanita di Taman Mantau Indah yang ditinggalkan penyewa tidak bertanggungjawab.

Seremban:Seremban: Sudahlah gagal melunaskan bil elektrik dan air tertunggak sehingga RM500, seorang penyewa sanggup meninggalkan rumah disewanya dalam keadaan rosak teruk di Taman Mantau Indah, di sini.

Lebih menjijikkan, rumah berkenaan dipenuhi ulat sampah manakala air bertakung atas lantai menyebabkan pemiliknya berusia 29 tahun menanggung kerugian lebih RM1,000 akibat perbuatan bekas penyewanya itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia berkata, dia menyewakan rumah berkenaan kepada seorang wanita bersama anak lelaki berusia lima tahun dengan kadar RM400 sebulan sejak Ogos lalu.

Nadia yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Dengkil, Selangor berkata, dia cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada penyewanya itu tetapi tidak dijawab menyebabkan dia mengajak suaminya ke rumah berkenaan, Sabtu lalu.

Malangnya, Nadia terkejut apabila mendapati penyewanya melarikan diri dan meninggalkan rumah dalam keadaan rosak teruk serta berbau busuk.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan wanita itu dan meminta orang lain berwaspada agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/202575

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts