You are here
berita 

Penyamun baju merah : Samun Stesen Minyak Dan Melarikan Duit RM200 Guna Parang

TIGA lelaki berbaju merah dan bersenjatakan parang menyamun sebuah stesen minyak di Tikam Batu, Sungai Petani dan melarikan wang tunai sebanyak RM200 tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, penjenayah yang menunggang dua motosikal memasuki kawasan stesen minyak sebelum berhenti di hadapan pintu.

Dua daripada mereka menyerbu sambil membawa parang menuju arah kaunter dan seorang lagi menunggu di depan pintu.

Menurut seorang pekerja yang enggan dikenali, dua lelaki bertopi keledar mengacukan parang ke arah pekerja wanita di kaunter serta mengarahkannya menyerahkan wang yang ada.

Katanya, kerana takut pekerja itu menyerahkan RM200 kepada penjenayah yang bergegas keluar dan beredar dari situ dengan menunggang motosikal.

“Ketika kejadian stesen minyak terbabit baru hendak ditutup kerana waktu solat Jumaat dan kebetulan tiada seorang pun pelanggan.

“Sebelum itu tiga lelaki terbabit dilihat berlegar-legar di kawasan stesen minyak sebelum menghampiri pintu kedai,” katanya sambil memaklumkan satu laporan dibuat di Balai Polis Tikam Batu.

Kejadian samun itu turut tular di laman sosial yang meminta orang ramai membantu mengesan suspek.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…mun-baju-merah

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts